Monday, 8 August 2011

SYARAT-SYARAT DAN CARA-CARA TRANSAKSI.


01.Pemilik/Penguasa Barang/Broker haruslah menghubungi kami dan sertakan Nama,No.Telefon dan Maklumat Terperinci Mengenai Barang yang hendak dijual/dimaharkan.Setelah kami yakin bahawa barang tersebut benar-benar wujud kami akan menghubungi anda melalui No.Telefon yang telah anda beri untuk kami sendiri melihat barang tersebut dan memastikan bahawa barang tersebut betul-betul tepat dengan kriteria yang kami mahu.

02.Setelah barang tersebut disahkan termasuk dalam kriteria barang yang kami beli,satu perjanjian bertulis akan dibuat antara kami dan pemilik barang tersebut.Didalam perjanjian tersebut akan disebutkan harga yang diminta oleh pemilik barang,jenis barang,dan kuantiti barang.Tarikh urusniaga akan ditetapkan oleh Buyer juga akan dimasukkan dalam perjanjian tersebut.

03.Setelah Mou ditandatangani,pihak kami akan membawa pemilik dan barang yang mahu dijual/dimaharkan kepejabat Buyer dengan tarikh dan waktu yang telah ditetapkan dalam MoU yang telah dibuat.Sekiranya pemilik tidak hadir atau gagal membawa barang yang mahu dijual/dimahar atau ditunjukkan kepada Buyer pada tarikh dan masa (maksima 3 jam dari masa dalam MoU) yang ditetapkan dengan alasan apa sekalipun ,pihak kami akan menuntut ganti rugi sama dengan harga barang yang tertera didalam MoU.

04.Sekiranya Pemilik mahu kami membawa Buyer ketempat yang mereka mahukan untuk melakukan urusniaga,Pemilik hendaklah memberikan duit jemputan RM 60.000 kepada kami sebagai wang cagaran untuk memangil buyer ketempat Pemilik.

05. Pengujian barang Mistik Dan Antik akan dilakukan oleh Buyer sebanyak 2 kali (tergantung kepada barang Mistik Dan Antik yang diuji) dengan selang waktu 2x24 jam antara ujian Pertama dan ujian Kedua.

06.Setelah barang Mistik Dan Antik dinyatakan lulus dalam ujian ke-2,pemilik akan diberikan wang sebanyak RM 50.000 bagi barang yang bernilai lebih RM1 juta dan RM5000 bagi barang yang bernilai RM1 juta kebawah sebagai wang tanda jadi.Dan duit jemputan RM 60.000 akan dipulangkan kepada Pemilik sekiranya Pemilik menggunakan duit tersebut untuk mengundang Buyer ketempat yang pemilik mahukan.

07.Penyelesaian pembayaran barang Mistik Dan Antik akan diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja.

08.Sekiranya selepas barang Mistik dan Antik tersebut lulus ujian ke-2 dan Pemilik mengubah fikiran untuk tidak menjual/memaharkannya maka kami akan menuntut ganti rugi dengan harga barang yang Pemilik minta pada kami yang tertera dalam MoU.

09.Setelah barang Mistik Dan Antik dinyatakan lulus ujian,maka barang Mistik Dan Antik tersebut akan dipindahkan Pemilik ke satu tempat/bilik terus dikunci yang ditunjuk oleh Buyer serta dijaga oleh semua pihak dari Pemilik,Broker dan Buyer.


10.Setelah tiba waktu penyelesaian pembayaran,maka tempat/bilik tempat akan dibuka.Apabila barang Mistik dan Antik tersebut masih ada dan sama seperti semula (tidak berubah wujud,jumlahnya sama,DLL) maka akan langsung dilakukan perlunasan pembayaran.

11.Setelah pembayaran dinyatakan selesai oleh Buyer,maka pihak Pemilik/Penguasa Barang/Broker boleh memeriksa Akaun Bank masing-masing.Apabila sudah masuk semua pembayaran kedalam Akaun Bank seperti harga yang diminta,barang Mistik Dan Antik tersebut hendaklah diserahkan kepada Buyer didepan Notaris.

12.Sekiranya Pemilik didapati mengingkari/mengkhianati MoU yang telah dibuat maka kami akan mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut gantirugi.


No comments:

Post a Comment